15 September 2017 - 14:28
Penumpang Cedera Letupan Di Tube London

Satu letupan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di sini menyebabkan beberapa penumpang melecur di muka, menurut laporan akhbar Metro di laman webnya.

Foto: AFP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu letupan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di sini menyebabkan beberapa penumpang melecur di muka, menurut laporan akhbar Metro di laman webnya.

Menurut polis, mereka maklum mengenai insiden di Stesen Parsons Green dekat London Barat itu dan anggota sudah dikerahkan ke sana.

Menurut Ambulance London, anggota paramedik juga sudah berada di tempat kejadian.

Imej yang dimuat naik ke laman Twitter menunjukkan beberapa wanita sedang dirawat oleh anggota perkhidmatan kecemasan.

Menurut polis, pihaknya juga maklum dengan laporan itu yang tular di media sosial dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden sebaik saja maklumat sebenar diperoleh.

Transport for London menyebut di Twitter, perkhidmatan antara Earls Court dan Wimbledon di District Line yang melalui Parsons Green terpaksa dihentikan. - Reuters. - Reuters